Ahad, 5 Ogos 2012
aku anak peneroka
Setiap kali datangnya Raya, emak dan ayahlah insan yang paling sibuk menanti kepulangan anak-anak kerana itulah tradisi kami berkumpul di tanah rancangan yang telah banyak berjasa kepada keluarga kami...
Dengan kemudahan telekomunikasi yang ada di rumah, emak dan ayah sentiasa menghubungi kami bertanya bila kami pulang..
Lebih-lebih lagi Hari Raya tahun ini.
Kedatangan Merdeka pula, emak dan ayah pasti merenung sejenak dan berasa sebak namun bersyukur kerana erti Merdeka pada emak dan ayah adalah setelah mendapat tanah rancangan daripada FELDA 56 tahun lalu..
Erti Merdeka pada kami pula setelah mendapat didikan sempurna daripada emak dan ayah berkat hasil daripada tanah rancangan ini...Syukur Alhamdulillah..
Selamat Hari Raya Aidilfitri emak dan ayah..
Terima kasih FELDA
Terima kasih MALAYSIA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan