Rabu, 10 Disember 2014

AkhirNYa habis Study


Assalamualaikum,

banyak yang kami melaluinya pelbagai rintangan untuk maju ke hadapan.
dari sem 1 hingga sem 4 dalam 2 taon saya belajar.
sem last, masing busy byk asgmnt yang kena siapkan..
akhirnya siap jugak..
nanti kongsi pic kitaorg..
so tunggu oky..
love u XD

 

Sabtu, 31 Ogos 2013

Yes!! Aku hebat..

Yes!!! Aku hebatt..
Itu program kamsis PUO mengadakan program kecemerlangan diri sepanjang 2 hari di kampus A, PUO.
Ini lah gmbar program.. :)




                                           








Terima kasih membaca.. :)

Isnin, 6 Ogos 2012

tentang orang pekak


Assalamulaikum....


 Salah anggapan terhadap orang PEKAK
  • orang PEKAK ialah luar biasa (abnormal).
  • memanggil seorang itu PEKAK BISU,DEAF, dan DUMB, DUTE dan MUTE.
  • Bahasa isyarat ialah bahasa pasar yang tidak mempunyai struktur bahasa yang teratur.
  • Bahasa isyarat ialah bahsa isyarat antarabangsa.
  • Orang PEKAK kurang upaya atau tidak kemampuan ataupun orang kelainan (OKU)
Orang normal berkomunikasi dengan orang PEKAK

Ikut cara yang baik:-

  • Pastikan bertentang mata (eye contact).
  • Bercakap dengan jelas atau menulis atas kertas.
  • Tepuk dengan lembut dibahu orang PEKAK dengan tangan untuk mengambil perhatiannya.
  • Jika orang PEKAK itu jauh dari jarak anda, sila maklumkan kepada orang yang terdekat untuk memanggilnya.

 Jangan ikut cara yang tak bagus;-

  • Jangan cakap terlalu cepat, membebel, atau meninggikan suara.
  • Jangan melindungkan muka atau mulut apabila berkomunikasi dengan orang PEKAK.
  • Jangan berpura-pura faham jika anda tidak memahami komunikasi orang PEKAK.
  • Jangan baling kertas atau objek untuk menarik perhatian orang PEKAK.
  • Janagn abaikan orang PEKAK yang berada di antara anda.

Terima kasih.. =)

Jom belajar bahasa isyarat

Assalamulaikum..jom belajar bahasa isyarat Malaysia..utk berkomunikasi dengan orang pekak..




Jenis-jenis kepekakan..



Jenis-jenis kepekakan adalah seperti berikut:-
  • Pekak Konduktif,
  • Pekak Sensorineural (saraf),
  • Pekak campur (mixed)
  1. Pekak Konduktif Melibatkan gangguan / halangan / kerosakkan bahagian telinga luar dan telinga tengah Telinga dalam berfungsi dgn baik dan dapat memproses dan menghantar bunyi melalui saraf pendengaran ke otak. Bunyi-bunyi tidak melalui (bypassed) bahagian luar / tengah telinga atau rangsangan berlaku melalui tulang mastoid. Getaran yg diterima terus merangsang cecair yg terdapat dalam telinga dalam tanpa melalui telinga luar atau tengah. Berlaku selepas lahir.
    1. Punca / sebab
      • Halangan di dlm saluran telinga luar: tahi teliga yang terlalu banyak (excessive wax) atau sekatan benda asing (foreign bodies).
      • Kemalangan : Kerosakkan gegendang telinga disebabkan tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan. Jolokan benda keras / tajam ke gegendang.
      • Jangkitan: Jangkitan kronik yg berlaku terhadap lapisan kulit telinga luar atau dalam telinga dikenali sbgi Otitis Externa & Otitis media). Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria juga dinamakan 'swimmer's ear' yg biasa berlaku kepada perenang kerana air kerap terperangkap dlm salur telinga. Otitis Media disebabkan salur eustahian tersumbat akibat demam selsema, campak (measles), tonsillitis dan jangkitan dihidung dan tekak. - jangkitan ini menyebabkan salur eustachian tidak berfungsi seperti biasa disebabkan jangkitan & jangkitan yg serius boleh menyebabkan telinga tengah dipenuhi cecair & mengakibatkan kebocoran kepada gegendang telinga jika rawatan segera tidak diberi. - Sebab lain saluran eustachian bengkak / tersumbat kerana demam menyebabkan ketidakseimbangan tekanan udara di luar & dalam telinga. Ini mengakibatkan gegendang telinga akan tertekan ke dalam & menyebabkan gegendang tidak dapat bergetar dgn bebas.
Otosklerosis (otosclerosis) ketumbuhan tetulang halus pada stapes: - ketumbuhan tetulang halus pada dinding telinga tengah berlaku awal remaja hingga awal 30an. - Kehilangan pendengaran berlaku kerana tulang stapes yang melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak disebabkan berlakunya ketumbuhan tetulang di sekelilingnya. - Pada peringkat awal kehilangan pendengaran mungkin kurang tetapi akan menjadi semakin teruk dan akhirnya penyakit ini boleh merebak ke telinga dalam dan menyebabkan kehilangan pendengaran konduktif kepada pekak bercampur. - Berlaku lebih kerap pada wanita (mengandung mungkin jadi penyumbang) - Keturunan - Berlakunya Tinnitus & sebabkan gangguan - Biasa bermula dari sebelah telinga dan kemudian kedua-dua telinga. - Kerap berlaku kepada kaum yang berkulit putih dari yang berkulit hitam. Otistis Media dan Otoslerosis adalah penyebab utama pekak konduktif.
b) Tanda-tanda Kehilangan pendengaran ringan & sederhana. Boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan. Mendengar suara sendiri dan orang lain melalui tulang (bone coduction). Menguatkan suara atau bunyi yang hendak didengar. Pekak Sensorineural (Pekak Saraf). Kerosakan berlaku di teliga dalam & saraf pendengaran. Istilah sensorineural merujuk kepada kerosakan yang berlaku pada sensori yang melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak. Berlaku sejak lahir & juga selepas lahir.
Punca /sebab
  • Berlaku semasa dlm kandungan: Jangkitan virus atau bakteria spt : - rubella / German measles kepada ibu yang mengandung pada 3 bulan pertama dalam kebanyakan kes. - Herpes simplex (penyakit kelamin), gonorrhea (perempuan) siplis / syphilis (lelaki). - Pengambilan dadah dan bahan yang mengandungi alkohol, aspirin, caffeine, cortisone, quinine & tranquillisiers. & pengambilan ubat-ubat spt: pil Thallidomide ( secara berlebihan ).
  • Semasa kelahiran: kurang berat badan (low birth weight). Anoxia (kekurangan oksigen). Jaundice.
  • Selepas lahir: Kemalangan teruk yg menyebabkan kerosakan koklea. Meningitis (demam yg teruk disebabkan selaput yang meliputi otak & tulang belakang) seperti meningococol merosakkan koklea / saraf. Bunyi bising (noise) yang sangat kuat & berterusan. Pengambilan bahan Ototoxic / ebahan beracun seperti dalam quinine dan antibiotiks spt. streptomycin, neomycin & kanamycin. Presbyacusis kehilangan pendengaran disebabkan ketuaan. Penyakit Meniere - kesan vertigo (pening yg teruk), tinnitus (berdesing) ringging or buzzing sound in the ear & pendengaran berkurangan. iv) keturunan / hereditary: jika ibu atau bapa membawa gen dominan (pekak) risiko untuk mempunyai anak yang pekak sensorineural ialah 50% manakala pembawa gen resesif adalah 25%.
Tanda-tanda Kehilangan pendengaran yg teruk (severe) & sangat teruk (profound) Tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan langsung. Hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat saja.

3. Pekak bercampur (mixed loss) Pekak bercampur berlaku hasil dari kedua-dua faktor iaitu kerosakan yang berlaku dalam pekak konduktif dan sensorineural.

Ahad, 5 Ogos 2012

Teman dan Sahabat


Teman dan sahabat
Dua perkataan yang berbeza
Jika duka tiada siapa di sisi
Itu adalah resam dan adat dunia
Manakala sahabat pula
Kala kita susah dan senang
Sentiasa di sisi
Tapi.....
Sahabat memang sukar dicari

Kepada sahabatku
Ku percaya kau tidak begitu
Nama kau masih mengingatiku selalu
Begitu juga aku
Kau sentiasa diingatanku

Kaulah satu-satunya
Sahabat yang kukenali
Akan ku kenang budimu padaku
Walau di mana jua kau berada